Search This Blog

Program Kem Fasilitator 2006

Sepertimana yang kita sedia maklum, golongan remaja kini memerlukan bimbingan dan petunjuk dalam mengendalikan kehidupan seharian. Sejajar dengan itu, Kelab Warga Warisan Melayu Muda (WAWASAN) UNITAR ingin mengambil inisiatif untuk menganjurkan “KEM FASILITATOR” kali pertama bagi memberi penekanan dalam menumpukan kepada pengisian asas untuk menjadi seorang fasilitator yang sebenar.

Dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan tentang perjalanan sebuah program dan bagaimana seorang fasilitator itu dapat memainkan peranannya dengan berkesan.Program ini juga akan didedahkan dengan dengan elemem-elemen utama iaitu penekanan di bahagian emosi, fizikal dan intelektual. Ini adalah kerana bagi seorang fasilitator, kestabilan elemen ini adalah amat penting bagi memastikan fasilitator yang dikendalikan berjaya mencapai objektifnya.

Penekanan dalam aspek kekuatan kerohanian juga akan diselitkan kerana ianya amat penting bagi seorang fasilitator yang dilatih akan mempunyai kekuatan rohani yang mantap sebagai bekalan apabila mereka turun memberi khidmat kepada masyarakat nanti. Justeru itu,dengan adanya “KEM FASILITATOR” ini dapat membantu ahli-ahli WAWASAN UNITAR membina keyakinan dan ketahanan dari fizikal, mental dan emosi dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Objektif Program ini:-
- Latihan intensif diri sebelum menjadi fasilitator.
- Membentuk diri individu yang mempunyai ketahan mental dan fizikal.
- Mendedahkan para peserta tentang kmahiran yang ada pada diri sendiri untuk menjadi fasilitator yang sebenar.
- Membina benteng dalam diri individu dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan yang dapat melahirkan individu yang kental dan serba boleh.
- Memantapkan fizikal,mental dan spiritual para peserta melalui aktiviti-aktiviti mencabar yang telah disediakan.
- Sahsiah: mempunyai kualiti pesonaliti dan kemahiran seperti penyayang, penyabar, berempeti, inovatif, kreatif, kritis, mempunyai visi, proaktif, bertaqwa dan berpengalaman.
- Profesional: mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional seperti kemahiran mengawal disiplin, membahagikan tugas dan menunjukcara.
Sebagai kesimpulannya, wajarlah bagi pihak kelab kami mengadakan Program Kem Fasilitator ini agar elajar UNITAR terutama ahli Kelab Wawasan mendapat manfaat selain mendapat pengetahuan dalam bidang kepimpinan. Mereka akan lebih bijak untuk berhadapan dengan segala ragam dan karenah manusia di luar nanti.

Kem ini dapat mengisi masa pelajar UNITAR dengan perkara yang mendatangkan faedah. Oleh itu, sebagai generasi yang akan melalui pelbagai rintangan dan cabaran, wajarlah kiranya program ini dapat dijalankan.

Semoga dengan adanya program ini, kita dapat menjadi insan yang lebih berdisiplin dan berfikiran lebih jauh serta mendalam disulami dengan kekuatan mental, emosi dan fizikal yang mantap. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,
(MUNIRA BINTI MOHD LAZIM)
SETIAUSAHA
PROGRAM KEM FASILITATOR 2006

0 komen wawasan:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top