Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Jalinan Wawasan" buat kali ke-2.
Terima kasih juga kepada AJK baru yang bertungkus lumus dalam menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan staff universiti yang sudi memberi kerjasama sepanjang kami menguruskan kelab Wawasan di UNITAR.
Semoga dengan berkat kesabaran dan kepemimpinan kita, dapat membawa kelab ini lebih kehadapan dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Kelab Wawasan selama ini telah melahirkan ramai individu yang berkebolehan dalam menempuh arus globalisasi yang semakin sengit. Ianya dapat menempatkan kami sebagai salah seorang yang bersedia dan mampu menghadapinya.
Ingatlah visi Wawasan pusat
"Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara"Antara aksi2 yang berjaya dirakamkan sepanjang program ini berlangsung
Semoga dari program ini dapat kita menjalinkan hubungan ukhwah antara ahli kelab lama dan juga yang baru. Sekurang2nya tradisi ini dapat diteruskan oleh peneraju yang akan datang.
President
Kelab Wawasan 2007/2008