Kata-kata Aluan dari Penasihat Kelab
Assalamualaikum Wbt & salam sejahtera
Alhamdulillah sekali lagi Kelab Wawasan berjaya meneruskan tradisi dengan melaksanakan program kemasyarakatan iaitu Program Sukarelawan Turun Desa.
Kelab Wawasan sentiasa menerapkan agenda sosial dalam membina dan mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat. Dengan ini ianya dapat melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap masalah masyarakat di sekeliling mereka
Akhir kata dari saya, masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang mampu memperkasakan bangsanya, menjunjung agamanya dan menjulang negaranya. Prinsip ini yang kami terapkan dalam setiap aktiviti untuk membentuk pribadi individu yang mampu berkhidmat untuk masyarakat.
Semoga tradisi ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Sekian
Penasihat Kelab Wawasan/
Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 2006/2007Kata-kata Aluan dari Pengarah Program
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Sukarelawan Turun Desa (STD)” buat kali ke-4 di Tanjung Piai, Pontian.
Untuk pengetahuan anda, Program Sukarelawan Turun Desa pernah dibuat di Pahang, Sarawak dan juga Perlis. Tahun ini kami sebulat suara memilih Negeri Johor sebagai destinasi kami seterusnya dan akhirnya kami memilih Tanjung Piai yang merupakan salah satu tempat yang menarik dikunjungi di negeri ini
kehidupan masyarakat disini. Diharap dari setiap pengalaman yang dikutip di sini diabadikan dan tidak dilupakan di masa hadapan.
Akhir kata ucupan terima kasih dari pihak Kelab Wawasan kepada rakan-rakan, pihak universiti, pihak kampung serta individu yang sudi memberi bantuan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga dilain masa, Kelab Wawasan dalam menjalankan aktiviti seperti ini di tempat lain. –Amin-
Sekian
Pengarah Program Sukarelawan Turun Desa/
Presiden Kelab Wawasan 2007/2008
Kata-kata Aluan Program Sukarelawan Turun Desa
Program Sukarelawan Turun Desa 2008
KELAB WAWASAN UNITAR akan menganjurkan program bakti siswa, maklumat program seperti dibawah:
PROGRAM : SUKARELAWAN TURUN DESA (STD)TARIKH : 28,29 & 30 NOVEMBER 2008TEMPAT : HOMESTAY TANJUNG PIAI,KAMPUNG PEPAT, PONTIAN,JOHORBAYARAN : RM80 (pengangkutan,penginapan,makanan dan T/Shirt)DEPOSIT - RM30
1) zarin > 0124544959 / 013-22268152) syukri > 013-22265183) halida > 012-7657405
Jalinan Wawasan 2008
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Jalinan Wawasan" buat kali ke-2.
Terima kasih juga kepada AJK baru yang bertungkus lumus dalam menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan staff universiti yang sudi memberi kerjasama sepanjang kami menguruskan kelab Wawasan di UNITAR.
Semoga dengan berkat kesabaran dan kepemimpinan kita, dapat membawa kelab ini lebih kehadapan dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Kelab Wawasan selama ini telah melahirkan ramai individu yang berkebolehan dalam menempuh arus globalisasi yang semakin sengit. Ianya dapat menempatkan kami sebagai salah seorang yang bersedia dan mampu menghadapinya.
Ingatlah visi Wawasan pusat
"Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara"Antara aksi2 yang berjaya dirakamkan sepanjang program ini berlangsung
Semoga dari program ini dapat kita menjalinkan hubungan ukhwah antara ahli kelab lama dan juga yang baru. Sekurang2nya tradisi ini dapat diteruskan oleh peneraju yang akan datang.
President
Kelab Wawasan 2007/2008