Search This Blog

Survey Tanjung Piai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pada hujung minggu lepas, ajk program sukarelawan turun desa berpeluang menjejak kaki di Tanjung Piai yang merupakan destinasi program STD untuk tahun 2008 ini. Dikesempatan ini, kami gunakan untuk melihat dan memerhati keadaan tempat untuk program nanti. Dengan ini kami boleh mendapat gambaran yang lebih jelas dengan agenda dan modul yang bakal kami gunakan di sana

Di sini kami menyelitkan sedikit gambar kenang-kenangan dan juga untuk tatapan rakan-rakan yang ingin menyertai program kami nanti

Diantara muka-muka ajk yang sudi meluangkan masa bersama-sama turun untuk mengunjung tempat untuk program yang akan berlangsung di sana nanti. Perjalanan hampir mengambil masa selama 5 jam. Sepanjang perjalanan ini dipenuhi gelak ketawa dan juga sedikit pengisian mengenai program yang bakal kami jalankan.

Menjamu selera di rumah bakal keluarga angkat, makanan lebih kepada budaya masyarakat setempat. Jangan lepaskan perluang keemasan ini. Makan selagi boleh, lepas ini kita akan memulakan perjalanan kita semula.

Bergambar sejenak di sepanduk Homestay Tanjung Piai iaitu kawasan program yang bakal kami jalankan di penghujung bulan 11 ini.

Perjalanan yang sungguh menyeksakan. Sekurang-kurangnya ianya mampu mengurangkan berat bdan beberapa orang ajk kita.

Kami dibawa melihat ladang ternakan lebah madu. Kebanyakan program yang dilakukan di kawasan ini tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke sini.

Jangan takut dengan lebah, mereka hanya menyerang mereka yang memberi ancaman kepada mereka sahaja.

"Tapi saya takut dia gigit saya" kata salah seorang dari ajk yang menyertai.
"Jangan takut, lebah tidak gigit orang. Mereka hanya menyengat. Jika mengigit tu, anggaplah tanda love bite dari mereka

"Ingin menikmati keenakan madu lebah asli?"
Anda boleh menyertai program kami di sini pada penghujung bulan 11 ini. Tempat adalah terhad. Jika berminat sila hubungi pihak pengurusan program ini. Enak mereka menikmati madu lebah asli dari sarang mereka. Peh..!! hingga menjilat jari dan tangan. Rugi jika membazir. Madu boleh dikatakan mempunyai banyak khasiat dan mampu mengubati beberapa penyakit.

"Tapi ingat madu memang menyelerakan, tetapi bermadu lebih menyeksakan," kata pemilik ladang ternakan lebah ini kepada kami.

Bergambar seketika di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai. Di sini kami melepaskan penat setelah berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

"Berhenti di tepi papan tanda"
Perjalanan yang agak memenatkan di dalam kawasan Taman Negara Tanjung Piai. Perjalanan boleh dikira sejauh 4 kilometer termasuk patah balik ke pintu masuk taman ini. Suasana agak sejuk dan nyaman walaupun keadaan luar kawasan taman ini agak panas.

Gambar kenang-kenangan di tugu Taman Negara Tanjung Piai. Thank kepada abang tangkap gambar yang sudi menirap untuk menangkap gambar kami.
Ini merupakan Program Sukarelawan Turun Desa (STD) yang ke-4 dan kami memilih negeri Johor sebagai lokasi kami selepas Pahang, Sarawak dan Perlis. Doakan kejayaan kami untuk program ini -AMIN-


Disediakan oleh:-
Timbalan 1 Program Sukarelawan Turun Desa 2008

0 komen wawasan:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top