Kata-kata Aluan dari Penasihat Kelab
Assalamualaikum Wbt & salam sejahtera
Alhamdulillah sekali lagi Kelab Wawasan berjaya meneruskan tradisi dengan melaksanakan program kemasyarakatan iaitu Program Sukarelawan Turun Desa.
Kelab Wawasan sentiasa menerapkan agenda sosial dalam membina dan mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat. Dengan ini ianya dapat melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap masalah masyarakat di sekeliling mereka
Akhir kata dari saya, masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang mampu memperkasakan bangsanya, menjunjung agamanya dan menjulang negaranya. Prinsip ini yang kami terapkan dalam setiap aktiviti untuk membentuk pribadi individu yang mampu berkhidmat untuk masyarakat.
Semoga tradisi ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Sekian
Penasihat Kelab Wawasan/
Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 2006/2007Kata-kata Aluan dari Pengarah Program
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Sukarelawan Turun Desa (STD)” buat kali ke-4 di Tanjung Piai, Pontian.
Untuk pengetahuan anda, Program Sukarelawan Turun Desa pernah dibuat di Pahang, Sarawak dan juga Perlis. Tahun ini kami sebulat suara memilih Negeri Johor sebagai destinasi kami seterusnya dan akhirnya kami memilih Tanjung Piai yang merupakan salah satu tempat yang menarik dikunjungi di negeri ini
kehidupan masyarakat disini. Diharap dari setiap pengalaman yang dikutip di sini diabadikan dan tidak dilupakan di masa hadapan.
Akhir kata ucupan terima kasih dari pihak Kelab Wawasan kepada rakan-rakan, pihak universiti, pihak kampung serta individu yang sudi memberi bantuan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga dilain masa, Kelab Wawasan dalam menjalankan aktiviti seperti ini di tempat lain. –Amin-
Sekian
Pengarah Program Sukarelawan Turun Desa/
Presiden Kelab Wawasan 2007/2008
[+/-] |
Kata-kata Aluan Program Sukarelawan Turun Desa |
[+/-] |
Program Sukarelawan Turun Desa 2008 |
KELAB WAWASAN UNITAR akan menganjurkan program bakti siswa, maklumat program seperti dibawah:
PROGRAM : SUKARELAWAN TURUN DESA (STD)TARIKH : 28,29 & 30 NOVEMBER 2008TEMPAT : HOMESTAY TANJUNG PIAI,KAMPUNG PEPAT, PONTIAN,JOHORBAYARAN : RM80 (pengangkutan,penginapan,makanan dan T/Shirt)DEPOSIT - RM30
1) zarin > 0124544959 / 013-22268152) syukri > 013-22265183) halida > 012-7657405
[+/-] |
Jalinan Wawasan 2008 |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Jalinan Wawasan" buat kali ke-2.
Terima kasih juga kepada AJK baru yang bertungkus lumus dalam menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan staff universiti yang sudi memberi kerjasama sepanjang kami menguruskan kelab Wawasan di UNITAR.
Semoga dengan berkat kesabaran dan kepemimpinan kita, dapat membawa kelab ini lebih kehadapan dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Kelab Wawasan selama ini telah melahirkan ramai individu yang berkebolehan dalam menempuh arus globalisasi yang semakin sengit. Ianya dapat menempatkan kami sebagai salah seorang yang bersedia dan mampu menghadapinya.
Ingatlah visi Wawasan pusat
"Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara"Antara aksi2 yang berjaya dirakamkan sepanjang program ini berlangsung
Semoga dari program ini dapat kita menjalinkan hubungan ukhwah antara ahli kelab lama dan juga yang baru. Sekurang2nya tradisi ini dapat diteruskan oleh peneraju yang akan datang.
President
Kelab Wawasan 2007/2008
[+/-] |
Survey Tanjung Piai |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Pada hujung minggu lepas, ajk program sukarelawan turun desa berpeluang menjejak kaki di Tanjung Piai yang merupakan destinasi program STD untuk tahun 2008 ini. Dikesempatan ini, kami gunakan untuk melihat dan memerhati keadaan tempat untuk program nanti. Dengan ini kami boleh mendapat gambaran yang lebih jelas dengan agenda dan modul yang bakal kami gunakan di sana
Di sini kami menyelitkan sedikit gambar kenang-kenangan dan juga untuk tatapan rakan-rakan yang ingin menyertai program kami nanti
"Tapi saya takut dia gigit saya" kata salah seorang dari ajk yang menyertai.
"Jangan takut, lebah tidak gigit orang. Mereka hanya menyengat. Jika mengigit tu, anggaplah tanda love bite dari mereka
Anda boleh menyertai program kami di sini pada penghujung bulan 11 ini. Tempat adalah terhad. Jika berminat sila hubungi pihak pengurusan program ini. Enak mereka menikmati madu lebah asli dari sarang mereka. Peh..!! hingga menjilat jari dan tangan. Rugi jika membazir. Madu boleh dikatakan mempunyai banyak khasiat dan mampu mengubati beberapa penyakit.
"Tapi ingat madu memang menyelerakan, tetapi bermadu lebih menyeksakan," kata pemilik ladang ternakan lebah ini kepada kami.
Perjalanan yang agak memenatkan di dalam kawasan Taman Negara Tanjung Piai. Perjalanan boleh dikira sejauh 4 kilometer termasuk patah balik ke pintu masuk taman ini. Suasana agak sejuk dan nyaman walaupun keadaan luar kawasan taman ini agak panas.
Ini merupakan Program Sukarelawan Turun Desa (STD) yang ke-4 dan kami memilih negeri Johor sebagai lokasi kami selepas Pahang, Sarawak dan Perlis. Doakan kejayaan kami untuk program ini -AMIN-
Disediakan oleh:-
Timbalan 1 Program Sukarelawan Turun Desa 2008
[+/-] |
Booth Wawasan - Club & Society Day 2008 |
Sempena Program Club & Society Day 2008 anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UNITAR, Kelab Wawasan mengambil peluang ini dengan membuka booth pendaftaran bagi menarik ahli-ahli baru.Di booth ini kami mempromosikan program yang bakal kami jalankan dalam masa terdekat dan menarik peserta untuk program ini.
Program yang bakal dijalankan:-
- Program amal bersama anak-anak aids/hiv (PERNIM)
- College for Peace Workshop
- World University Student Assembly
- Jalinan Wawasan 2008
- Program Sukarelawan Turun Desa 2008
Antara yang menarik di booth kami
Club & Society Day 2008
[+/-] |
Kejohanan Futsal MPM Unitar 2008 |
Team futsal kelab wawasan tahun 2008 untuk mewakili kelab dalam pertandingan futsal MPM Unitar 2008. Nama Pasukan " Kaki Ku di bibir Mu " Team wanita kami tidak dapat turunkan atas sebab2 teknikal.
Keputusannya kami berjaya meraih tempat ke-3 tetapi gagal untuk dipilih mewakili universiti ke kejohanan futsal Global Peace Federation di Bukit Jalil.
[+/-] |
Rakan Sukarelawan UNITAR |
Assalammualaikum W.b.t
Kelab WAWASAN(Warga Warisan Melayu Muda) UNITAR akan menganjurkan satu program amal yang dinamakan Rakan Sukarelawan UNITAR.
Program ini dilaksanakan untuk :
- membantu anak-anak HIV/AIDS di bawah jagaan Pusat Perlindungan PERNIM.Sehubungan dengan itu, kami ingin mencari sukarelawan seramai 15 orang (terbuka kepada semua pelajar tidak kira bangsa dan agama) yang sudi membantu kami dalam melaksanakan porgram ini.
- mengurangkan beban yang ditanggung oleh Puan Norlina Alawi dalam mebiayai kos perubatan, makanan dan pendidikan anak-anak tersebut seramai 33 orang.
syarat-syarat sukarelawan :
- dapat memberi sepenuh komitmen terhadap tugasan (tugas akan diselaraskan dengan jadual kelas anda)sesiapa yang berminat sila hubungi kami:
- bekerja dengan seikhlas hati ( bukan mengejar populariti dan nama, tidak merungut)
- tidak segan berdepan dengan orang ramai.
Khaizarin Akhmar bt Omar 012-4344959/ 013-2226528sila berikan maklumat anda kepada kami sebelum 6 ogos 2008 (RABU)
ub0710513@mail.unitar.edu.my
Nor Halida bt Abdul Rahman 012-7657405
ub0580100@mail.unitar.edu.my
-----------------------------------------------------
president
Kelab Wawasan
Universiti Tun Abdul Razak