Search This Blog

UNITAR IKTIRAF PELAJAR DI MALAM ANUGERAH KELAB DAN PERSATUAN

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), sebuah universiti e-pembelajaran bertaraf MSC dan memiliki sijil kualiti ISO 9001:2000 pertama di Malaysia, baru-baru ini telah mengiktiraf kelab dan persatuan pelajar UNITAR di Malam Anugerah Kelab dan Persatuan pertama yang diadakan pada 17 Februari 2004 yang lalu di pusat pembelajaran Kelana Jaya.


"Malam Anugerah Kelab dan Persatuan diaturkan khas bagi menghargai pencapaian dan komitmen pelajar dalam mengendalikan kelab dan persatuan, dan aktiviti tahunannya" kata Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, UNITAR.

"UNITAR ingin memberi penekanan bahawa menyertai aktiviti luar kurikulum adalah sama penting dengan telaah pelajaran kerana ini mampu membentuk personaliti dan watak seseorang pelajar," tambah Datuk Syed lagi.

Kategori-kategori yang telah dipertandingkan adalah Kelab/Persatuan Baru Terbaik, Kelab/Persatuan Harapan, Kelab/Persatuan Keseluruhan Terbaik, dan sebuah penghargaan khas iaitu Anugerah Khas Sukan yang akan diberikan kepada pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam sukan di peringkat universiti atau lebih tinggi sepanjang tahun 2003.

Kelab Wawasan yang telah ditubuhkan pada 15 Februari 2003 telah memenangi kategori Kelab/Persatuan Baru Terbaik.

Bermula hanya dengan 30 orang ahli, ia dianggotai oleh lebih 110 ahli.

Antara aktiviti yang boleh dibanggakan sepanjang tahun 2003 adalah Khemah Bina Insan dan Sukarelawan Turun ke Kampung.

0 komen wawasan:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top