Search This Blog

Jalinan Wawasan 2008

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kelab Wawasan berjaya menjalankan program "Jalinan Wawasan" buat kali ke-2.

Terima kasih juga kepada AJK baru yang bertungkus lumus dalam menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan staff universiti yang sudi memberi kerjasama sepanjang kami menguruskan kelab Wawasan di UNITAR.

Semoga dengan berkat kesabaran dan kepemimpinan kita, dapat membawa kelab ini lebih kehadapan dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.

Kelab Wawasan selama ini telah melahirkan ramai individu yang berkebolehan dalam menempuh arus globalisasi yang semakin sengit. Ianya dapat menempatkan kami sebagai salah seorang yang bersedia dan mampu menghadapinya.

Ingatlah visi Wawasan pusat
"Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara"
Antara aksi2 yang berjaya dirakamkan sepanjang program ini berlangsung

Antara penyeri majlis "Jalinan Wawasan". Tanpa mereka kurang jejaka-jekaka hensem di program ini.
Abg Yus mewakili Staff CGA mendendangkan lagu untuk para hadiran. beliau merupakan antara staff UNITAR yang banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada kami sepanjang kelab Wawasan ini wujud di UNITAR pada tahun 2002.

Muka2 mantan lama kelab Wawasan tahun 2003-2005, mereka merupakan antara senior2 yang benyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyertai kelab ini.


Pertandingan rebut kerusi antara wakil mantan lama, mantan baru dan wakil ajk program. Persaingan agak "terlampau" dimana wakil2 mantan baru tersingkir di awal permainan (alasan mereka nak bagi perluang kepada Ajk baru bermesra dengan mantan lama)
***~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~***

Terima kasih juga kami ucapkan kepada ahli-ahli baru kelab Wawasan yang sudi menjalankan program "Jalinan Wawasan 2008". Ianya menjadi platform terbaik untuk mereka mempelajari selok belok pengurusan kelab dan dalam masa yang sama menguruskan sesuatu program dengan jayanya

Gambar kenang-kenangan bersama mantan Kelab Wawasan tahun 2005. Terima kasih kami ucapkan kepada Abg Zarul sekeluarga, Abg fuad sekeluarga( sudah mempunyai cahaya mata). Tidak lupa juga kepada Kak Isma.

Semoga dari program ini dapat kita menjalinkan hubungan ukhwah antara ahli kelab lama dan juga yang baru. Sekurang2nya tradisi ini dapat diteruskan oleh peneraju yang akan datang.

President
Kelab Wawasan 2007/2008

1 komen wawasan:

Mar Zain said...

Alamak kami yg menubuhkan kelab wawasan ni x dijemput pon.. Nxt event jemput kami ye.

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top